menukar cosur mouse

Wednesday, December 15, 2010

School Holiday

MAHA 2010 di SERDANG
Jalan2 sambil melihat bunga okid

Percutian di KUALA SELANGOR

Gelagat anak dan cucuku

MaHa 2010

[anakku] InTaN n [cucuku] InTaN sUrAyA


kalu suruh bergaya serah padanya....


Cara Kaver Malu

1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal: Cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuh lah lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak.

3. kalo terjatuh tangga: Teros bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus.

4. kalo terjatuh dlm longkang: Pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorg yg amat prihatin terhadap kebersihan.

Bz

Hari ini entah mengape tergerak haty saya untuk melawati blog saya, yg hampir terkubur lama nyerr ...
ini pon atas desakkan anak sy , Intan ... pade mule nyerr sy memng dh malas nak melayari blog sy nie ... tp , bile sy melihat anak sy Intan setiap mase dngn blog nyerr , sy terase jelous plak ...
Justeru itu saya mulakan secebis coretan ini,...mungkin selepas ini blog saya akan brmula seperti sedia kala InsyaALLAH.
kalau anda sudi melayari blog anak sy , http://che-storymorie.blogspot.com ..

Tuesday, August 17, 2010

Aurat atau urat

APA YANG BOLEH ANDA KATA DENGAN FESYEN MENUTUP AURAT BEGINI?

بسم الله الرحمن الرحيم



SUBAHANALLAH....Apa yang telah terjadi dengan anak-anak muda kita sekarang..?Janganlah merosakkan images islam kita.
tak salah kalu nak pakai macam itu tapi janganlah atas kita tutupkan tapi aurat yang lain di dedahkan..renung-renungkanlah.

FESYEN MEMBAWA KE SYURGA ?

Fesyen Untuk Meraih Manfaat, walaupun segelintir tidak Menutup Aurat!!

Saturday, August 14, 2010

Air Tebu Segar

Ahh..diam2 kita sudah masuk hari ke 5 berpuasa. Tak terasa sungguh hari berlalu begitu cepat sekali, tambahan pulak dengan kesibukkan menguruskan berbagai2 urusan . Di bulan ramadhan ini jualah saya bersama rakan2 di beri rezeki untuk membuka satu perniagaan mengedar dan mempromosi AIR TEBU SEGAR yang telah dibotolkan, tanpa bahan pengawet tetapi di frozenkan.

Pada mulanya saya tak berapa berminat untuk menjalankan perniagaan ini,tetapi apabila kami mulakan dengan memperkenalkan secara kecil-kecilan ianya nampak mengalakkan. Dari situlah kami melalui syarikat daya unggas enterprise mula merancang untuk membekal ke kedai-kedai dan kios-kios. Tambahan pula di bulan puasa ini permintaan air tebu segar amat menggalakan.

Semoga air tebu segar yang tiada bahan pengawet ini mendapat sambutan kepasaran yang besar Insya ALLAH......Jika terdapat sesiapa yang berminat untuk menjadi peruncit boleh lah berhubung dengan saya melalui tel. 019-6475696 .

Tuesday, June 22, 2010

~DETIK KELAHIRAN~

Sebelum beranak dia sempat posing disebelah keretaku



Hari itu pada tanggal 20hb june 2010 hari minggu,seperti biasa kami sekeluarga makan agar lewat cikit maklumlah pembantu umah hari minggu tak datang.Jadi trpaksalah aku mengambil alih tempat pembantu aku .Sedang aku sibuk mengemas dan memasak,aku di kejutkan oleh anak perempuanku yang pada mulanya tengah asyik mengadap laktopnya.Rasa hairan melihatkan kucingku ciki yang keluar dr almari trhoyong hayang,dengan buntutnya ader kuar macam sesuatu nak menyerupi taik ,tapi bukan taik katanya.Ciki berjalan menuju ke pintu tiba2 dia brpusing-pusing seolah-olah nak menanggalkan sesuatu dr buntutnya.Anakku jaja yang sedang melihat dr tadi menjerit"mama mama cepat tgk ciki nie kenapa..?"aku pun dengan nada yang selamba menjawap "napenya..?? tenguklah ma tgh masak ni" .."cepatlah mama tenguk ciki nie kenapa.."aku pun bergegaslah datang,terkejut gak aku dibuatnya,bila sampai didepan pintu bilik anakku itu ciki tengah bertungkus lumus nak keluarkan anaknya yang baru lahir itu.




kemudian aku pun menjerit memanggil intan dan abahnya pula,supaya datang melihat apa yang dah jadi .Intan datang dengan hphone nya,lantas mengambil 2 - 3 keping photo untuk kenangan.
waktu tu kucingku ciki masih lagi berjuang dan berusaha bagaimana nak memutuskan tali pusat dr kitten itu.Akhirnya selesai jugak dia melahirkan ank pertamanya,anak nya yang kedua dia lahirkan dlm almari tempat yang mula dia keluar tadi tapi kami tak dapat saksikan kelahiran itu.Itulah petama kali aku melihat kucingku beranak selama ine belum pernah lagi.sekarang kucing ku semuanya ada 7 ekor,tapi yang paling sedih kucingku yang cantik dan ekornya kembang bernama TOMEI telah di curi org.Kenapalah mereka ni sanggup mencuri org punya.




Bagaimana sakit dan seksanya kita nak melahirkan anak kita begitulah agaknya dengan kucing ini yang baru petama kali melahirkan anaknya.

Saturday, June 19, 2010

Happy Father's Day

Asalamualaikum buat sume teman blog yang mengenali diri saya...
alhamdulilah syukur di hari dapat saya meluangkan sedikit msa untuk melayari blog saya yang hampir layu ine...

maklumlah x kesampaian masa tuk menulis.tapi hanya mengintai dr jauh saje...
dikesempatan waktu ini jualah saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA".tak lupa jua buat suami yang trsayang.




Semoga bapa2 yang ader dimalaysia ine menjadi bapa yang terbaik memimpin keluarganya


.

Thursday, April 22, 2010

PENGORBANAN IBU


Ibu
Padamu tergambar berjuta lakaran
menghabiskan masa pada anak tersayang
membilang hari menunggu kepulangan
penuh suka dan duka
namun ibu tak pernah mengira

Ibu
Tetap setia menunggu dan menunggu
sentiasa mendoakan kesejahteraan
wanita yang paling istimewa
tiada bandingannya
meredah pelbagai dugaan
redha dan berlapang dada

Ibu
Sayangnya ada insan di dunia ini
yang bergelar anak
lupa pada pengorbanan ibu
membiarkan ibu sepi
tanpa ada kasih sayang

Sunday, April 11, 2010

~PUISI BUAT IBU~


sila hayati jika anda sayang ibu anda......

Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarah

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..

oleh itu, hargailah jasa ibu kita.....


Tuesday, March 16, 2010

Monday, March 8, 2010

~CINTA BURUNG LAYANG-LAYANG~

Hai..selamat pagi. Saya dapat email tentang cerita ni. Sungguh menyentuh hati...so nak kongsi la ngan pembaca blog cerita ni...

Silalah baca..

Cinta Layang2

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....

Hidup menjadi sepi...
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..

Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...

kita manusia.......???

Haiwan pun tau erti kasih sayang.... tp manusia????????

Fikirkan lah...

Sunday, March 7, 2010

~Kelam kelibut~


Arini adalah ari permulaan minggu.Entah kenapa aku begitu lena tidoq semalam,hinggakan pembantu aku tak datang pun aku xtaw.Aku hairan nape mereka x call aku...aku tenguk jam di handphone aku menunjukkan pukul 6 pagi.aku pun bergegas bangun mengejutkan suamiku..aku bersuara "bang diorang ada call abang tak"?suamiku pun kelam kabut bangun melihat jam di handphone dia.."tak der pun miscall yang!"aku pun cuba menghubungi mereka tapi tiada jawapan dr mereka,aku cuba call seorg lagi pun sama tiada deringan.entah apa jadi pada mereka pun aku tak taw.hinggalah saat aku menulis blog nie pun mereka takder hubungi aku.

Tapi ada aku kisah !!..mereka tak datang pun aku boleh jalan kan keje aku jugak.Tapi kalu takder suamiku yang tersayang pun kerja aku pun dah tentu tak dapat diteruskan, aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kerjasama suamiku.Kalu takder dia jawapnya pakat tak jalanlah biz aku tuuu...

Alhamdulilah syukur kehadrat illahi membuka ruang untuk aku mencari rezeki dihari ine..semoga rezekiku di hari ine diberkati Allah..Amin..


Tunjuk taring

Teman-teman seperjuanganku....
mewakili PERKEP BUKIT AMAN
pada tahun 2005.
setelah penat bertungkus lumus menentang permain-permain handalan dr negeri-negeri
kami dihidangkan dengan makanan yang enak-enak dan dihiburkan dengan muzik-muzik
dan di ikuti dengan tarian dr negeri masing-masing.


Kejohanan Badminton antara PERKEP GEMAS NG SEMBILAN pada tahun 1992 kalau nak taw aku lah juara dlm pertandingan ine..


Ini pula piala KPN pada tahun 2003 Aku mewakili Bukit Aman




Ini pula adalah barisan permain-permain Bukit Aman
pada tahun 2009
PERKEP BUKIT AMAN mendapat tempat ke dua dalam tourment ine
Tahniah Bukit Aman...


Sukan yang aku gemari sejak dibangku sek lagi.. setelah tamat alam pesekolahan pun aku masih lagi aktif dlm badmantion..
Biarpun aku sudah menjadi isteri seorang pegawai polis. Didalam PERKEP pun aku mewakili ke peringat negeri..sewaktu tu aku tinggal di balai polis tampin.Begitu jua setelah aku berpindah ke Gemas Ng Sembilan aku juga terpilih tuk ke peringkat negeri sembilan.




Aku dengan gayaku..

Pada th 1997 aku berpindah ke Bukit Aman .disini aku fikir aku tidak layak lagi untuk menyertai dlm pasukan PERKEP Bukit Aman, rupanya salah tekaan aku.Aku juga diminta mewakili Pasukan Bukit Aman.pd th 2003 ,2005 dan 2009 aku mewakili Bukit Aman.badminton PERKEP biasanya setiap 2th sekali, tapi kali nie entah mengapa telajak sampai 4th br nak ada pula.Taw2 jer lah bila dah lama berkubur reket tu dah tentulah kurenn...stamina nyer...walau bagaimanapun tahniah atas kerjasama rakan2 dalam pasukan ,pasukan Bukit Aman mendapat tempat ke 2 Bde Tengah tempat petama..



Ini sewaktu melihat anak membuat latihan PAINTBALL pulau besar.Hati tu bukan main kepalang lagi ingin nak bermain tapi waktu tu ada peserta cina tgh bermain.So dapat pegang M16 pun dah puas hehehe.. InsyALLAH satu ari saya akan kemari bermain bersamanya..



Saya mula berjinak bowling ni lepas diajak oleh anak saudara...bila dah mula main saya dah jadi seronok pulak. Ada masa lapang saja saya dengan anak2 tak akan lepas peluang utk main bowling. Bukannya apa main bowling ni tak perlu sangat stemina mcm main badminton. Tapi pulusnya lebih sikit laaa...




Saturday, March 6, 2010

Maulidur Rasul


Selamat menyambut Maulidur Rasul pada 12 R'Awal 1431 bersamaan 26 Feb 2010.

Islam Ugama kasih sayang untuk semua umat manusia yang hidup diatas muka bumi ini. Allah swt ciptakan dengan kemuliaan dan kasih sayangnya.

Kerana Geram


Fuhhh....leganya dapat surf blog niee..dah banyak kali cuba x dapat2..
terima kasih pada intan yang banyak tolong ummy buat blog nie..
bukannya apa sajer geram tengok suami n anak2 surf blog kita xder..hehehe..
yang tension tu bila dia blk jer kerja terus tulis blog..kat ofis tu x leh tulis blog ke..??
kita yang baru nak sentuh p.c nie dah terpaksa dengan kerelaan bagilahh..
bukan apa xnak nanti jadi gaduh pulak..
walau apa jua pun saya seronok gak dapat baca blog kawan2 suami saya yang lain..

Intro



Assalamualaikum..
salam sejahtera dr saya buat semua pembaca dan penulis blog..diharap dengan adanya blog ine,akan ada banyak cerita yang dapat saya kongsi bersama para penulis blog yang lain.
salam sayang;ummy