menukar cosur mouse

Tuesday, March 16, 2010

Monday, March 8, 2010

~CINTA BURUNG LAYANG-LAYANG~

Hai..selamat pagi. Saya dapat email tentang cerita ni. Sungguh menyentuh hati...so nak kongsi la ngan pembaca blog cerita ni...

Silalah baca..

Cinta Layang2

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....

Hidup menjadi sepi...
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..

Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...

kita manusia.......???

Haiwan pun tau erti kasih sayang.... tp manusia????????

Fikirkan lah...

Sunday, March 7, 2010

~Kelam kelibut~


Arini adalah ari permulaan minggu.Entah kenapa aku begitu lena tidoq semalam,hinggakan pembantu aku tak datang pun aku xtaw.Aku hairan nape mereka x call aku...aku tenguk jam di handphone aku menunjukkan pukul 6 pagi.aku pun bergegas bangun mengejutkan suamiku..aku bersuara "bang diorang ada call abang tak"?suamiku pun kelam kabut bangun melihat jam di handphone dia.."tak der pun miscall yang!"aku pun cuba menghubungi mereka tapi tiada jawapan dr mereka,aku cuba call seorg lagi pun sama tiada deringan.entah apa jadi pada mereka pun aku tak taw.hinggalah saat aku menulis blog nie pun mereka takder hubungi aku.

Tapi ada aku kisah !!..mereka tak datang pun aku boleh jalan kan keje aku jugak.Tapi kalu takder suamiku yang tersayang pun kerja aku pun dah tentu tak dapat diteruskan, aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kerjasama suamiku.Kalu takder dia jawapnya pakat tak jalanlah biz aku tuuu...

Alhamdulilah syukur kehadrat illahi membuka ruang untuk aku mencari rezeki dihari ine..semoga rezekiku di hari ine diberkati Allah..Amin..


Tunjuk taring

Teman-teman seperjuanganku....
mewakili PERKEP BUKIT AMAN
pada tahun 2005.
setelah penat bertungkus lumus menentang permain-permain handalan dr negeri-negeri
kami dihidangkan dengan makanan yang enak-enak dan dihiburkan dengan muzik-muzik
dan di ikuti dengan tarian dr negeri masing-masing.


Kejohanan Badminton antara PERKEP GEMAS NG SEMBILAN pada tahun 1992 kalau nak taw aku lah juara dlm pertandingan ine..


Ini pula piala KPN pada tahun 2003 Aku mewakili Bukit Aman




Ini pula adalah barisan permain-permain Bukit Aman
pada tahun 2009
PERKEP BUKIT AMAN mendapat tempat ke dua dalam tourment ine
Tahniah Bukit Aman...


Sukan yang aku gemari sejak dibangku sek lagi.. setelah tamat alam pesekolahan pun aku masih lagi aktif dlm badmantion..
Biarpun aku sudah menjadi isteri seorang pegawai polis. Didalam PERKEP pun aku mewakili ke peringat negeri..sewaktu tu aku tinggal di balai polis tampin.Begitu jua setelah aku berpindah ke Gemas Ng Sembilan aku juga terpilih tuk ke peringkat negeri sembilan.




Aku dengan gayaku..

Pada th 1997 aku berpindah ke Bukit Aman .disini aku fikir aku tidak layak lagi untuk menyertai dlm pasukan PERKEP Bukit Aman, rupanya salah tekaan aku.Aku juga diminta mewakili Pasukan Bukit Aman.pd th 2003 ,2005 dan 2009 aku mewakili Bukit Aman.badminton PERKEP biasanya setiap 2th sekali, tapi kali nie entah mengapa telajak sampai 4th br nak ada pula.Taw2 jer lah bila dah lama berkubur reket tu dah tentulah kurenn...stamina nyer...walau bagaimanapun tahniah atas kerjasama rakan2 dalam pasukan ,pasukan Bukit Aman mendapat tempat ke 2 Bde Tengah tempat petama..



Ini sewaktu melihat anak membuat latihan PAINTBALL pulau besar.Hati tu bukan main kepalang lagi ingin nak bermain tapi waktu tu ada peserta cina tgh bermain.So dapat pegang M16 pun dah puas hehehe.. InsyALLAH satu ari saya akan kemari bermain bersamanya..



Saya mula berjinak bowling ni lepas diajak oleh anak saudara...bila dah mula main saya dah jadi seronok pulak. Ada masa lapang saja saya dengan anak2 tak akan lepas peluang utk main bowling. Bukannya apa main bowling ni tak perlu sangat stemina mcm main badminton. Tapi pulusnya lebih sikit laaa...




Saturday, March 6, 2010

Maulidur Rasul


Selamat menyambut Maulidur Rasul pada 12 R'Awal 1431 bersamaan 26 Feb 2010.

Islam Ugama kasih sayang untuk semua umat manusia yang hidup diatas muka bumi ini. Allah swt ciptakan dengan kemuliaan dan kasih sayangnya.

Kerana Geram


Fuhhh....leganya dapat surf blog niee..dah banyak kali cuba x dapat2..
terima kasih pada intan yang banyak tolong ummy buat blog nie..
bukannya apa sajer geram tengok suami n anak2 surf blog kita xder..hehehe..
yang tension tu bila dia blk jer kerja terus tulis blog..kat ofis tu x leh tulis blog ke..??
kita yang baru nak sentuh p.c nie dah terpaksa dengan kerelaan bagilahh..
bukan apa xnak nanti jadi gaduh pulak..
walau apa jua pun saya seronok gak dapat baca blog kawan2 suami saya yang lain..

Intro



Assalamualaikum..
salam sejahtera dr saya buat semua pembaca dan penulis blog..diharap dengan adanya blog ine,akan ada banyak cerita yang dapat saya kongsi bersama para penulis blog yang lain.
salam sayang;ummy