Ahh..diam2 kita sudah masuk hari ke 5 berpuasa. Tak terasa sungguh hari berlalu begitu cepat sekali, tambahan pulak dengan kesibukkan menguruskan berbagai2 urusan . Di bulan ramadhan ini jualah saya bersama rakan2 di beri rezeki untuk membuka satu perniagaan mengedar dan mempromosi AIR TEBU SEGAR yang telah dibotolkan, tanpa bahan pengawet tetapi di frozenkan.
Pada mulanya saya tak berapa berminat untuk menjalankan perniagaan ini,tetapi apabila kami mulakan dengan memperkenalkan secara kecil-kecilan ianya nampak mengalakkan. Dari situlah kami melalui syarikat daya unggas enterprise mula merancang untuk membekal ke kedai-kedai dan kios-kios. Tambahan pula di bulan puasa ini permintaan air tebu segar amat menggalakan.
Semoga air tebu segar yang tiada bahan pengawet ini mendapat sambutan kepasaran yang besar Insya ALLAH......Jika terdapat sesiapa yang berminat untuk menjadi peruncit boleh lah berhubung dengan saya melalui tel. 019-6475696 .