Ibu
Padamu tergambar berjuta lakaran
menghabiskan masa pada anak tersayang
membilang hari menunggu kepulangan
penuh suka dan duka
namun ibu tak pernah mengira
Ibu
Tetap setia menunggu dan menunggu
sentiasa mendoakan kesejahteraan
wanita yang paling istimewa
tiada bandingannya
meredah pelbagai dugaan
redha dan berlapang dada
Ibu
Sayangnya ada insan di dunia ini
yang bergelar anak
lupa pada pengorbanan ibu
membiarkan ibu sepi
tanpa ada kasih sayang
sila hayati jika anda sayang ibu anda......
Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai
Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah
Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….
Ibu….
Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..
oleh itu, hargailah jasa ibu kita.....